top of page
WhatsApp Image 2021-09-02 at 3.40.32 PM.jpeg
ILMU PERCUMA: Welcome

APA ITU SPEEDCAP?

Dikenali sebagai sekatan kelajuan internet. Terdapat beberapa syarikat telekomunikasi yang mengenakan speedcap terhadap simkad telco tersebut pada kadar kelajuan yang telah ditetapkan seperti 3mbps, 6mbps dan sebagainya.

ILMU PERCUMA: Text

APA ITU 'FUP'?

Dikenali sebagai Fair Usage Policy (FUP), ia merupakan batasan, had atau sekatan yang dikenakan kepada pengguna apabila telah mencapai atau melepasi had kuota yang telah ditetapkan. Kebiasaannya, FUP ini didapati pada pelan/pakej yang menawarkan 'Unlimited' oleh sesuatu telco seperti 'Unlimited Data' ataupun 'Unlimited Call'.

​

FUP juga merupakan syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap semua telco di Malaysia. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan pengguna daripada berkelakuan 'abusive' atau salah guna pelan yang disediakan.

ILMU PERCUMA: Text

APA ITU 'VOLTE'?

Dikenali sebagai Voice over LTE, ia merupakan teknologi komunikasi menggunakan rangkaian 4G untuk membuat panggilan telefon. Kelebihan VoLTE seperti berikut:

  • Panggilan telefon HD

  • Video call yang stabil

  • Call setup yang cepat

ILMU PERCUMA: Text

APA MAKSUD SEBENAR 'UNLIMITED DATA'?

Maksud sebenar 'unlimited data' ialah tiada sekatan untuk menggunakan internet walaupun sudah melepasi had kuota yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, anda masih boleh terus menggunakan internet akan tetapi kelajuan internet anda akan dikurangkan setelah melepasi had kuota tersebut.

ILMU PERCUMA: Text

APA ITU PROSES MNP?

Dikenli sebagai Mobile Number Portability (MNP), ia merupakan proses perkhidmatan yang membolehkan pengguna telefon untuk menukar rangkaian telco dan menyimpan atau mengekalkan nombor telefon yang sama.

ILMU PERCUMA: Text
ILMU PERCUMA: Pro Gallery

48000 Rawang, Selangor

©2021 by Zulfaizin. Proudly created with Wix.com

bottom of page